BAHAGIAN A

 

Seksyen I - (Aneka Pilihan)

 

PILIH JAWAPAN YANG TEPAT BAGI SETIAP SOALAN BERIKUT DI KERTAS JAWAPAN ANDA

 

1.     "sesuatu yang dikehendaki atau dihargai oleh pekerja"

          Kenyataan di atas paling tepat merujuk kepada maksud :

 

A.        Ganjaran pekerja

B.         Faedah pekerja

C.        Upah pekerja

D.        Gaji pekerja

 

 

2.            Pembiayaan ke seminar, persidangan dan melancong ke luar negeri oleh majikan

   diletakkan dalam kategori

 

A.        Ganjaran kewangan

      B.         Bonus

C.        Ganjaran bukan wang

D.        Penghargaan

 

3.     Analisis tugas/kerja dibuat pada dua pendekatan utama iaitu :

 

A.        Pendekatan berorientasikan pekerja

B.         Pendekatan berorientasikan kemahuan

C.        Pendekatan berorientasikan penghuraian

D.        Pendekatan secara lisan

 

4.     Pengurusan Sumber Manusia mengandungi aktiviti Pengurusan Personel yang tradisional iaitu :

            I           Rekrutmen ( Recruitment )

            II          Latihan ( Training )

            III        Bayaran Pampasan (Remuneration )

            IV        Disiplin ( Discipline )

 

A.        I dan II sahaja

B.         I, II dan III sahaja

C.        I, II, III dan IV

D.        II, III dan IV sahaja

 

5.     Kesilapan ketika menemuduga adalah seperti berikut, kecuali

 

A.        Kesan halo

B.         Pengadilan terlebih dahulu

C.        Tumpuan positif

D.        Kecenderungan memusat

 

6.     Aktiviti-aktiviti berikut terkandung di dalam Objektif Peribadi :

            I           Latihan dan kemajuan

            II          Penempatan

            III         Ganjaran

            IV         Perkhidmatan Sosial

 

            A.         I dan II sahaja

            B.         I, II dan III sahaja

            C.         I, II, III dan IV

            D.         I, III dan IV sahaja

 

7.      Faktor-faktor yang menentukan sama ada sebuah organisasi mempunyai jabatan sumber manusia bergantung kepada :

 

            A.        Saiz organisasi, kesatuan sekerja, hak milik dan falsfah pengurusan atasan.

            B.         Saiz organisasi, kesatuan sekerja dan falsafah pengurusan barisan pertama.

            C.        Kesatuan sekerja, falsafah pekerja atau pemimpin dan ciri-ciri jabatan.

            D.        Kepentingan , saiz dan falsafah jabatan.

 

8.     Kriteria penilaian terbahagi empat bahagian kecuali

 

            A.        Kriteria prestasi

B.                 Kriteria staff

            C.        Kriteria hasil

            D.        Kriteria halo

 

9.       Skim-skim Kebajikan Produktiviti dan Perhubungan Perusahaan termasuk :

 

A.                 Membentuk dan mengendalikan skim-skim cadangan dan kawalan mutu

B.                 Membentuk dan mengendalikan ketidakpuasan pekerja

C.        Membentuk dan mengendalikan program-program kebajikan

            D.        Membentuk dan mengendalikan sistem-sistem penilaian cadangan dan kawalan mutu.

 

10.     Kaedah latihan dengan pengalaman di bawah adalah benar, kecuali

 

A.       Kaedah kuliah

B.       Kaedah Main Peranan

C.       Latihan Perantisan ( apperenticeship )

D.       Latihan vestibul

 

 

11.     Penyataan seperti:  “seorang pelayan restoran diminta menunjukkan tata cara     yang betul dalam perkhidmatan sajian ala- baratmerupakan elemen di dalam :

 

A.        Spesifikasi Kerja (Job specification)

B.         Deskripsi Kerja (Job specification)

C.        Penyataan Kerja

D.        Sebutan tata -cara Kerja

 

12.     MTUC adalah singkatan perkataan kepada ,

 

A.        Kongres Kesatuan Sekerja Peladang

B.         Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

C.        Malaysian Trade Union Uipha Congress

D.        Malaysian Trade Unification Congress

 

13.    Pilih kenyataan yang salah mengenai pengaruh teknologi terhadap permintaan tenaga kerja.

 

A.        Perubahan teknologi ialah satu perkara yang mudah diramal dan dinilai.

B.         Perubahan teknologi pada satu unit akan membawa kesan yang berbeza di unit-unit yang lain.

C.        Perubahan teknologi akan mengurangkan keperluan tenaga kerja di setiap jabatan dalam satu-satu organisasi secara serentak.

D.        Perubahan teknologi seiring dengan peningkatan keperluan tenaga kerja.

 

14.     Proses penilaian prestasi terdapat enam komponen  utama  kecuali,

 

A.        Menentukan matlamat penilaian

B.        Menjalankan analisis kerja

C.        Membuat format penilaian

D.        Semua jawapan di atas tidak benar

 

 

 

 

15.     Pampasan penggangguran di Malaysia amnya adalah:

 

            A.        Bayaran ganti rugi yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan kerja bukan disebabkan 

                        kesalahan mereka

            B.        Bayaran tidak terhad dalam pengurusan pemberhentian kerja

C.       Faedah tanggungan majikan kepada penganggur

            D.       Jumlah jam yang pekerja bekerja dalam tempoh perkhidmatan

 

16.      Kenyataan di bawah ada di dalam peruntukan Akta Pekerjaan 1955, kecuali

 

A.        Menetapkan peruntukan yang melindungi pekerja di sektor swasta.

B.         Tempoh pemberian cuti sakit untuk setahun yang mana berbeza ,     mengikut tempoh perkhidmatan

C.        Cuti tahun bergaji juga boleh diberi mengikut tempoh perkhidmatan

D.        Kesemua di atas adalah tidak benar

 

17.     Bagi organisasi seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken dan Sugar Bun latihan yang paling sesuai ialah dengan menggunakan kaedah :

 

A.        Latihan vestibul

B.         Latihan bukan pengalaman

C.        Main peranan

D.        Kaedah kajian kes

 

18.      Spesifikasi Kerja adalah dokumen bertulis yang menghuraikan segala  ciri,  kelayakan dan sifat tingkahlaku. Penyataan di bawah adalah benar kecuali,

 

A.        Syarat yang diperlukan seperti pengalaman dan pendidikan

B.         “OJT” (On Job Training)

C.        Penghuraian Kerja

D.        Hubungan organisasi dan pekerja

 

 

19.     Umur pekerja di dalam proses pengauditan kakitangan sangat penting kerana ia paling tepat menggambarkan :

 

A.        Gambaran tentang perkembangan tenaga kerja pada masa hadapan

B.         Gambaran tentang keupayaan kerja seseorang pekerja.

C.        Gambaran tentang ramalan prestasi pekerja.

D.        Semua kenyataan di atas benar.

 

20.     Hal ini berlaku apabila seseorang pekerja baru meninggalkan organisasi kerana tidak puas hati dengan keadaan organisasi.  Kenyataan ini paling tepat menggambarkan pekerja bermasalah disebabkan oleh :

 

A.        Pekerja tidak stabil          

B.         Krisis Induksi

C.        Tekanan disebabkan beban kerja 

D.        Kewujudan peranan lain.

 

 

Seksyen II – Betul atau Salah (10 markah)

 

NYATAKAN SAMA ADA SETIAP KENYATAAN DI BAWAH BETUL ( / ) ATAU SALAH ( X ) DI KERTAS JAWAPAN ANDA

 

1

Di antara objektif pengurusan sumber manusia adalah membentuk satu set polisi yang jelas supaya dapat meningkatkan penggunaan sumber manusia secara optimum.

 

 

 

 

2

Kombinasi antara prinsip-prinsip pengkhususan, pengurusan saintifik dan insentif kewangan sudah pasti menuju ke arah peningkatan kecekapan dan keuntungan pemilik organisasi.

 

 

 

 

3

Di dalam objektif kemasyarakatan jabatan pengurusan sumber manusia sentiasa memelihara sumbangan jabatan berada di dalam tahap yang bersesuaian dengan perkembangan organisasi.

 

 

 

 

4

Di dalam industri hospitaliti ciri-ciri pengurusan sumber manusia berfungsi sebagai birokrasi , bukan sumber.

 

 

 

 

5

Skim VSS ( Skim Persaraan Sukarela ) yang dilakukan oleh Johor Corp. dan Perwaja Steel adalah disebabkan mogok pekerja yang tidak mendapat gaji.

 

 

 

 

6

25%  - 45% pendapatan sesebuah organisasi perkhidmatan dibelanjakan untuk R & D.

 

 

 

 

7

Teknik Delphi digunakan untuk menilai keperluan latihan dan pembangunan pekerja.

 

 

 

 

8

Satu kelebihan mengambil tenaga kerja melalui sumber dalaman ialah menggalakkan situasi berlumba-lumba di kalangan pekerja yang hendak naik pangkat.

 

 

 

 

9

Kewujudan peranan lain tidak pernah menghalang prestasi kerja pekerja wanita.

 

 

 

 

10

Pesara diambil bekerja semula atas dasar kekuatan fizikalnya lebih daripada kekuatan mental.

 

                                                                                

                                                  

                                                                                                           

Seksyen III  - Soalan pendek ( 20 markah )

 

JAWAB SEMUA SOALAN

 

a.     Jelaskan secara ringkas lima tahap proses pemilihan dalam sumber   kemanusiaan 

                                                                       

       1.       _________________________________________________________

 

       2.       _________________________________________________________

 

       3.       _________________________________________________________

 

       4.       _________________________________________________________

 

       5.       _________________________________________________________

                                                                                                            (5 Markah)

 

b.     Tujuan kesatuan sekerja adalah melindungi hak pekerja .

        Terangkan definisi arah tujuan kesatuan sekerja amnya:

 

       _____________________________________________________________

 

       _____________________________________________________________

 

       _____________________________________________________________

 

       _____________________________________________________________

 

                                                                                                          (2 Markah)

 

 

 

c.                   Tuliskan formula untuk mengira indeks kadar pusing ganti pekerja :

 

 

( 3 markah )

 

d.                  Untuk menilai potensi tenaga kerja, organisasi boleh menilai dari pelbagai sudut. Senaraikan ENAM perkara  yang universal digunakan.

 

1.                                          __________________________________________________________

 

2.                                      __________________________________________________________

 

3.                                          __________________________________________________________

 

4.                                          __________________________________________________________

 

5.                                          __________________________________________________________

 

6.                                          __________________________________________________________

                                                                                                ( 6 markah )

 

e.                        Siapakah yang dimaksudkan dengan orang/pihak ketiga yang boleh membantu organisasi mencari pekerja? Senaraikan tiga daripadanya.

 

        _____________________    :         i.             _________________________

   ii   ______________________          iii.            _________________________

( 4 markah )

 

 

BAHAGIAN B

 

 

JAWAB MANA-MANA DUA (2 )  SOALAN SAHAJA

 

 

SOALAN 1

 

Terdapat enam kaedah dalam penilaian yang biasa diamalkan oleh organisasi.  Jelaskan dengan terperinci Kaedah Skel Pengkadaran, Kaedah Karangan dan Kaedah Penilaian Menyeluruh Kerja.

 ( 25Markah )

 

SOALAN 2

 

Jelaskan ciri-ciri pasaran buruh dan strategi pengurusan sumber manusia di dalam sebuah industri hospitaliti yang dipraktikkan di Malaysia.

                                                            ( 25 Markah )

                                                                                                                                                                                   

 

 SOALAN 3 

 

Organisasi selalunya cuba sedaya upaya untuk mengekalkan pembayaran kompensasi yang berkesan.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menjadi cabaran/ halangan (constraints) terhadap usaha-usaha mereka. Huraikan dengan jelas cabaran-cabaran yang sering dihadapi.

                                                                                             ( 25 Markah )

 

 

                                                                                                           

 

 

 

SOALAN 5

 

KAJIAN KES

 

Zainuddin merupakan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai bank di sebuah bank tempatan. Oleh sebab semua pekerja baru bank tersebut dikehendaki menjalani latihan dan orientasi kerja sebelum ditempatkan ke dalam jawatan tetap,  Zainuddin pun melaporkan dirinya di Jabatan Latihan ibu pejabat bank berkenaan di Kuala Lumpur.

 

Program latihan yang disediakan oleh Jabatan Latihan bertujuan untuk mendedahkan keseluruhan operasi bank kepada pekerja baru. Dalam dua minggu yang pertama, Zainuddin dan para pelatih lain diberi syarahan tentang struktur, fungsi, tugas dan operasi setiap bank. Mereka juga diberi peluang membuat kajian kes dan mengambil bahagian dalam aktiviti main peranan.

 

Selepas program orientasi berakhir, pelatih pun memulakan program latihan sambil kerja. Bagi tujuan ini, Zainuddin ditempatkan di salah satu daripada cawangan bank di Pulau Pinang. Mula–mulanya dia diletakkan di bawah penyeliaan pengurus kredit cawangan tersebut. Pengurus ini telah memberi Zainuddin tugas–tugas seperti meneliti kes-kes permohonan kredit yang lepas .

 

Pengurus ini menasihati juga Zainuddin supaya memerhatikan tindak-tanduk beberapa pegawai kredit semasa menjalankan tugas mereka. Oleh sebab pengurus kredit sentiasa sibuk, Zainuddin tidak mahu mengganggu beliau sungguhpun ada beberapa perkara yang dia kurang faham dan ingin bertanya. Sesudah menjalani latihan selama tiga minggu di bahagian kredit Zainuddin dipindahkan ke bahagian akaun simpanan untuk meneruskan latihan.

 

a.                    Apakah kelemahan program latihan yang dijalani oleh Zainuddin?  Jelaskan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Zainuddin berdasarkan kes tersebut.

 

b.                      Anggapkan diri anda sebagai ketua kepada Zainuddin. Jelaskan tindakan, strategi dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan program latihan pekerja mantap, menarik dan berkesan.      

 ( 25 Markah )